Rabu, 18 Oktober 2017

Ijazah sarjana muda UPSI

Untuk makluman, ini min copy dari laman rasmi hepa UPSI. So apa2 boleh rujuk sana terus ye 😁 ini link rasmi bahagian akademik UPSI, boleh check out untuk sebarang update dari UPSI..

http://akademik.upsi.edu.my/

IJAZAH SARJANA MUDA

Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Pengajian Ijazah Sarjana Muda kepada para pelajar lepasan SPM, STPM, STAM dan Matrikulasi. Dibawah ini adalah maklumat lanjut bagi para pelajar yang ingin memohon.

SENARAI KURSUS

Sila klik pada menu pautan dibawah untuk melihat senarai kursus yang ditawarkan bagi Pengajian Ijazah Sarjana Muda mengikut fakulti. [Brosur]

KALENDAR AKADEMIK

Sila klik pada pautan berikut untuk melihat kalendar akademik bagi Pengajian Ijazah Sarjana Muda.[Kalendar Akademik]

YURAN PENGAJIAN

Kadar Yuran Pengajian Tempatan
Bidang
Kadar
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Fakulti Sains Kemanusiaan
RM 11128.80 (untuk 8 semester)


Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Fakulti Sains dan Matematik
RM 11688.80 (untuk 8 semester)


Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
RM 12328.80 (untuk 8 Semester)


IJAZAH SARJANA MUDA
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
RM 13936.80 (untuk 8 semester)


Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
RM 10650.10 (untuk 8 semester)


KEMASUKAN

PENGAMBILAN PELAJAR SEMESTER PERTAMA (KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA)

Bagi program peringkat Ijazah Sarjana Muda, pengambilan pelajar dibuat dua kali setahun iaitu padaKemasukan Semester Pertama (September) danKemasukan Semester Kedua (Februari). Bagi kemasukan Semester Pertama (September) permohonan boleh dibuat terus melalui Bahagian Pengurusan kemasukan Pelajar JPT (BPKP) dihttp://www.mohe.gov.my setelah iklan tawaran pengajian dikeluarkan melalui akhbar tempatan. Permohonan kemasukan boleh diajukan kepada :

Pengarah
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengurusan IPT
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 1 - 3, Blok E9, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentradbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA

PENGAMBILAN PELAJAR SEMESTER KEDUA (UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS)

Bagi kemasukan Semester Kedua (Februari) permohonan boleh dibuat terus ke Universiti ini (UPSI), berdasarkan iklan bagi program-program yang ditawarkan sahaja secara online dihttp://akademik.upsi.edu.my/admission/. Calon akan diberitahu tentang keputusan permohonannya sebaik sahaja urusan pengambilan selesai dilaksanakan. Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui: -

Pejabat Pendaftar
Unit Kemasukan
Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA)
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
Tel: 605-450 6929 / 6932 / 6313


SYARAT MINIMUM KEMASUKAN

Universiti ini menawarkan kemasukan kepada lepasan STPM(atau setaraf); STAM(atau setaraf); Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (atau setaraf); Diploma (atau setaraf) melalui pengajian selama 8 semester (4 tahun) bagi mereka yang memenuhi syarat seperti berikut Lulus perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (atau setaraf) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

Dan
Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (atau setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

• Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am

dan

• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran

atau

Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

atau

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

atau

Memiliki Diploma dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya C6 pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut : 

Matematik/Matematik Tambahan/ Matematik Kertas Julai
dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).


SYARAT TAMBAHAN KEMASUKAN

SYARAT TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK PERKHIDMATAN DENGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
    2. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memohon.
    3. Calon yang memohon hendaklah disahkan sihat tubuh badan oleh Laporan Kesihatan Klinik Kerajaan serta tidak menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti kursus-kursus yang dirangka oleh program yang dipilih.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
Mahasiswa di Malaysia adalah mereka yang dilindungi oleh undang-undang negara di bawah AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971. AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 ini memperuntukkan undang-undang merangkumi kod etika tingkahlaku dan berpakaian di kampus, plagiarisme, kewangan, jenayah dan peraturan lalu lintas jalanraya.

Aktiviti penyalahgunaan dadah adalah suatu jenayah utama di Malaysia dan hukuman berat akan dikenakan terhadap mereka yang terbukti melakukan kesalahan.


PERMOHONAN

CARA MEMOHON

Calon Warganegara Malaysia
Pelajar-pelajar adalah dinasihati untuk memeriksa iklan-iklan dalam akhbar-akhbar itu dan Kementerian Pelajaran Tinggi / laman-laman web UPSI untuk kedua-dua pengambilan Julai dan Disember
AMBILAN SEPTEMBER
Permohonan kemasukan ke UPSI adalah melalui sistem aplikasi dalam talian Kementerian Pengajian Tinggi : laman web UPSI http://www.mohe.gov.my bagi ambilan September. Pelajar-pelajar dikehendaki membeli UNIK ID IJAZAH bagi ambilan September (kata laluan) daripada Bank Simpanan National (BSN).

AMBILAN FEBRUARI

Permohonan kemasukan ke UPSI adalah melalui sistem aplikasi dalam talian Laman Web UPSI : http://www.upsi.edu.my/online bagi ambilan Februari. Pelajar-pelajar dikehendaki membeliBITARA ID IJAZAH (kata laluan) daripada Bank Simpanan National (BSN).
Calon Warga Asing / Pelajar Antarbangsa
Permohonan dalam talian boleh didapati boleh dimuat turun disini [muat turun / download]

TARIKH PERMOHONAN

Iklan Permohonan : TELAH DITUTUP
Tarikh Iklan : TELAH DITUTUP
Tarikh Permohonan : BELUM DIBUKA
Tarikh tutup permohonan adalah pada : BELUM DIBUKA
Tarikh-tarikh Penting : [Muat turun]

Tarikh akhir menghantar perakuan permohonan online dan dokumen ke UPSI adalah pada : TELAH DITUTUP.
Calon yang telah memohon sebelum ini boleh mengemaskini (menukar) pilihan program melalui aplikasi online yang sama dengan menggunakan no UNIK ID IJAZAH (September) / BITARA ID IJAZAH (Februari) yang terdahulu.


*tertakluk kepada sebarang perubahan.

ALAMAT PENGHANTARAN DOKUMEN

Unit Kemasukan
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Universiti pendidikan Sultan Idris
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan

MAKLUMAT LANJUT

Unit Kemasukan
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Universiti Pendidikan Sultan Idris 
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan 
Telefon : 605-450 6929/6932/6313 
Faks : 605-4582670
Laman Sesawang : http://akademik.upsi.edu.my

Diploma UPSI

Ini min copy dan ambil maklumat dari web rasmi hepa UPSI. Nak maklumat lanjut boleh rujuk di page sana ye 😊☺ boleh check out link  di bawah, untuk maklumat terbaru yang UPSI update.. 

http://akademik.upsi.edu.my/


PENGAJIAN DIPLOMA
Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Pengajian Diploma kepada para pelajar lepasan SPM. Dibawah ini adalah maklumat lanjut bagi para pelajar yang ingin memohon.
SENARAI KURSUS
Sila klik pada menu pautan dibawah untuk melihat senarai kursus yang ditawarkan bagi Pengajian Diploma mengikut fakulti. [Brosur]
SYARAT AM KEMASUKAN
Universiti ini menawarkan kemasukan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Lima (5) kepujian 6C/Gred C termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.
SYARAT KHAS KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA (*MENGIKUT PROGRAM)
Diploma Bahasa Inggeris (Calon Sains dan Sastera)
Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurangnya 4B/Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM;

dan Lulus Ujian Khas.



Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (Calon Sains dan Sastera)


Memenuhi Syarat Am dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM

Diploma Keusahawanan (Calon Sastera)


Memenuhi syarat Am dan

Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian Gred C/6C dalam mana-mana satu mata pelajaran berikut di peringkat SPM :

1. Perdagangan

2. Ekonomi Asas
3. Prinsip Akaun
4. Keusahawanan

dan


Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan pada peringkat SPM.
Diploma Muzik (Calon Sains dan Sastera)
Memenuhi Syarat Am dan

Lulus Ujian Khas dan temu duga.


Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan(Calon Sains dan Sastera)


Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian 6C/Gred C dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM :


1. Matematik dan

2. Teknologi Maklumat dan Komunikasi/Produksi Multimedia/Grafik Berkomputer/ Sains/Kimia/Fizikatau ;
3. Salah satu (1) subjek Kejuruteraan: 
    a. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal;
    b. Pengajian Kejuruteraan Awam;
    c. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
    d. Teknologi Kejuruteraan
dan Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran  Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.


Diploma Sains Komputer (Komputeran Internet)
Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian 6C/Gred C dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM :
  1. Matematik dan
    2. Teknologi Maklumat dan Komunikasi/Produksi Multimedia/Grafik Berkomputer/ Sains/Kimia/Fizikatau ;
    3. Salah satu (1) subjek Kejuruteraan: 
        a. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal;
        b. Pengajian Kejuruteraan Awam;
        c. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
        d. Teknologi Kejuruteraan

    dan Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran  Bahasa Inggeris pada peringkat SPM

Diploma Sains


Mendapat sekurang-kurangnya 6C/Gred C dalam mana-mana dua  (2) mata pelajaran berikut SPM :


1. Fizik

2. Kimia
3. Biologi
4. Matematik
5. Matematik Tambahan
6. Lukisan Kejuruteraan
7. Pengajian Kejuruteraan Elektrik
8. Pengajian Kejuruteraan Awam
9. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

 dan


Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
Diploma Sains (Matematik)
Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurangnya 6C/Gred C dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut pada peringkat SPM;
Matematik dan  

Fizik/Kimia/Biologi/Sains/Sains Tambahan dan
Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Diploma Teknologi Makmal

Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurang 6C/Gred C dalam mana-mana dua (2) daripada mata pelajaran Matematik dan fizik/Kimia/Biologi dan
Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.


YURAN PENGAJIAN
Kadar Yuran Pengajian Tempatan
Bidang
Kadar
Diploma Bahasa Inggeris
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
Diploma Keusahawanan
Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan
Diploma Sains Komputer (Komputeran Internet)
Diploma Sains
Diploma Sains Matematik
Diploma Teknologi Makmal
RM 9595.30 (untuk 6 semester)
Diploma Muzik
RM 11303.30 (untuk 6 semester)
CARA MEMOHON
Calon Warganegara Malaysia
Pelajar-pelajar adalah dinasihati untuk memeriksa iklan-iklan dalam akhbar-akhbar utama Malaysia dan laman web Kementerian Pelajaran Tinggi serta laman web UPSI untuk kedua-dua pengambilan Jun dan November.
Permohonan kemasukan ke UPSI adalah melalui sistem aplikasi dalam talian Kementerian Pengajian Tinggi :http://upu.mohe.gov.my (KEMASUKAN JUN) dan aplikasi dalam talian Universiti Pendidikan Sultan Idris :http://www.upsi.edu.my/online (KEMASUKAN DISEMBER)

Pelajar-pelajar dikehendaki membeli :


UNIK ID DIPLOMA (ambilan Jun)

BITARA ID DIPLOMA (ambilan November)

ID tersebut boleh dibeli daripada Bank Simpanan National (BSN).




MAKLUMAT LANJUT
Timbalan Pendaftar Kanan (Akademik)
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Universiti Pendidikan Sultan Idris 
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan 
Tel : +605-450 6929/6932/6313 
Faks : 605-4582670
Laman Sesawang : http://akademik.upsi.edu.my



UPC UPC!! UPSI UPSI !! 😊😁 orientasi UPSI ??

Okay, ni perkara wajib yg dilakukan oleh semua freshie tak kira lah dimana2. UPSI pun tak terkecuali. Orientasi UPSI memang akan terus start sejurus kalian dapat kunci rumah. Hahaha lejen tak? 😎

Bagi dip dan degree, selalunya orientasi gabungan berlangsung selama seminggu. Orientasi kolej sehari, orientasi fakulti sehari. Dan kadang2 setiap program pun buat orientasi masing2. So boleh kata dalam sebulan pertama tu asyik busy dengan orinetasi and suai kenal jee tapi bagi degree laa. Dip kurang sikit. Bukan kata diploma taknak buat tapi depa selalu tunggu intake degree baru buat besar besaran. Lagi meriah! πŸ’₯πŸ’₯

Masa minggu suai kenal lah paling best. Sebab apa? Sebab makan minum freeeee πŸ˜‚
Dapat saving! Suka untuk min katakan kita perlulah pandai saving kerana nnti akhir2 sem kering kontang pulak.

Update*** korang akan dapati, makanan orientasi upsi ni boleh tahan mewah.. tapi janganlah expect dapat chicken chop hahaha taklah tpi nanti korsng akan dapati, korang memang akan kenyang! 

Macam biasa, rakan suai kenal kat sini memang peramah dan berkaliber. Mereka ni dipilih khas dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi yg berpotensi bagi guide korang sepanjang minggu suai kenal. Segala permasalahan korang pun depa yg incharge. So jangan risau ye. Tak perlulah komplain kat mak ayah jauh2 tu. Rakan suai kenal ada boleh tolong settle. Biasalah semua tempat ada pro and cons. Lagipun complaint kat parents jauh2 tu bukan diorang boleh tolong apa. Tolong dengar jelah. So pentingnya komunikasi korang di sini.

Apa yang unik. Setiap freshie akan dapat trademark masing2. Macam min dulu dapat trademark #freshieramadhan. Sebab time daftar tu, ramadhan baru je bermula. So belum pape dah merasa beramadhan dan bersyawal di UPSI. Ada yg dapat #freshiepatriot dan banyak lagi. Boleh checkout kat ig dan fb ye!

Time orientasi ni korang akan diberi pencerahan tentang carta organisasi UPSI, fasiliti yg ada, jati diri UPSI dan yg paling penting istiadat anak kandung suluh budiman!

ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN

 Apa tu?
Baiklah suka diberitahu bahawa setiap ahli keluarga UPSI dianggap sebagai anak kandung suluh budiman. Di mana kita dianggap adik beradik yang susah senang bersama dan dipantau oleh ibu yang satu. Ibu ini adalah keazaman kita. Masa ni semangat cintakan UPSI korang akan mula berputik dan api keazaman korang terasa membara!




Semasa istiadat ni, ada pakaian yang tersendiri. Pelajar diminta untuk membawa siap2 kelengkapan ini dari rumah. Pakaiannya adalah;




PEREMPUAN MUSLIM DAN NON-MUSLIM

-baju kurung putih kosong, berkain hitam. ( ala, macam baju sekolah tu. Ha cuma baju putih. Kain hitam)
-bagi yang bertudung pakai tudung putih. Tak kesah la shawl ke bawal ke sarung ke. Asal putih. 
-kasut sarung kulit hitam 
-tambahan aksesori untuk dipakai** (ini klau pihak upsi ada bagi masa hari pendaftaran)

LELAKI MUSLIM

-baju melayu hitam
-samping berbenang emas (tak kesah la corak apa pun asalkan tenun emas)
-songkok hitam
-kasut kulit hitam
-aksesori tambahan** klau diberi oleh UPSI

LELAKI NON MUSLIM
-baju kemeja putih lengan panjang. (Tapi kalau korang nak pakai baju melayu hitam pun takpe. Digalakkan )
-seluar hitam
-bagi diploma ( tie hitam)
-bagi degree (tie diberi oleh upsi**)
-kasut kulit hitam

Update***** list baju di atas adalah baju batch terdahulu. Dan min adalah batch terakhir yang membawa baju itu dalam istiadat angkat ikrar πŸ˜‚ bangga jap. (Untuk batch terkini, sila rujuk buku panduan kemasukan ya!) 


Korang juga akan diajar lagu anak kandung suluh budiman. Habis je istiadat ikrar ni maka sahlah korang anak kandung!


Ibu Kandung Suluh Budiman
Obor Di malam Gelap
Bina Budi Penyebar Tekad
Pancaran Semangat Waja

Ibu Kandung Suluh Budiman
Ibu Pujaan Kami
Yang Berjasa Pada Masyarakat
Hidup Gagah Berani

Ibu Kandung Suluh Budiman
Dengarlah Sumpah
Sumbangsih Nan Suci
Selagi Hayat Dikandung Badan
Kami Tetap Berbakti



   
    Bukan tu je, korang juga akan diajar lagu " CEMERLANG BERSAMA"  aduhh.. lagu apa lagi ni.. shuup! Korang tekan je link di bawah, hayati dan hafal okay. Ini juga lagu keramat kita sebagai anak kandung suluh budiman era milenia ni tau! Hahahaahaj enjoy guys!


https://youtu.be/m1cGMBQgyWs
  
Rasanya tu je maklumat tentang orientasi. Yang lain tu dah masuk topik lain. Nanti min update kay. 






Update***
Min rasa rasa terpanggil untuk update maklumat demi korang. πŸ˜‚ Nampak tak betapa berwibawanya min ni πŸ˜‚

Baju macam min kata, rujuk buku panduan. Tapi min boleh cerita sikit kat sini..
Semenjak min terpilih menjadi RSK ni, macam2 fesyen baju ikrar yg min dapat saksikan.. hadeh sabarlah nak.. min sarankan carilah style yang formal.. taknak ada labuci n bunga2 sume tu.. bukan nak ke kenduri kak ooii. 

So dibawah adalah list baju yang terkini & beberapa keping gambar kenangan sepanjang min terlibat menjadi Rakan Suai Kenal (RSK) untuk beberapa siri. 



😊Perempuan Muslim :
1. Baju kurung putih
2. Kain hitam
3. Tudung putih 
4. Selendang merah upsi (akan diberi percuma semasa hari orientasi)
5. Kasut bertutup hitam

😊Perempuan non muslim:
(Boleh memilih untuk ikut perempuan muslim, jikalau tidak,)
1. Kemeja lengan panjang putih (tuck in)
2. Skirt panjang hitam
3. Selendang merah upsi ( akan diberi percuma semasa hari orientasi
4. Kasut bertutup hitam

😊 Lelaki muslim and non muslim:
Bagi lelaki, pakaian semua adalah sama iaitu;
1. Kemeja lengan panjang putih (tuck in)
2. Seluar slack panjang hitam
3. Tali leher upsi ( akan diberi percuma semasa hari orientasi)
4. Kasut bertutup hitam








Ahad, 15 Oktober 2017

Hostel UPSI vs Asrama ?

Hostel UPSI πŸ’ͺπŸ˜πŸ˜† 

Upsi ni unik tau. Sebab apa? Sebab depa ada bnyak unit hostel. Ada merata. Ada yg dalam kampus, ada yg luar kampus. Yang hebatnya, Ada students yang tinggal di hostel yg terletak di selangor walhal UPSI kat perak kan? Ha tak kurang juga yang tinggal di rumah sewa sekitar UPSI.

Okay, bedasarkan selama min ada kat UPSI ni, min belum pernah kena kick out. (Update** alhamdulillah.. kelima-lima sem min lulus permohonan kolej) Alhamdulillah setiap sem masih lagi diberi peluang tinggal dalam kolej. Moga2 sem lepas ni tak kena kick lah.

Apa kena kick ni?
Okay camni. Upsi ni, untuk setiap pelajar baru yg mendaftar, mereka semua akan diberi hostel. Kalau yg diploma, mereka akan tinggal di kolej Awang Had Salleh (KAHS). Kalau yg degree, mereka akan tinggal di samaada di KUO, KHAR, KZ, atau KAB. Ni untuk sem pertama sahaja lah. Untuk sem kedua, semua penuntut kena mohon semula kolej. Dan ketika inilah adegan kick out bermula. Jika permohonan korang lulus, maka korang merasalah duduk hostel lagi. Klau tak lulus, korang kena lah cari rumah lain. 
Alamak camne nii nak cari rumah lainn??? 😣

Takpee jangan risau. Min tak abis citer lagi.
UPSI ada banyak unit kediaman. Unit kediaman UPSI terbahagi kepada;

1. Unit kediaman dalam kampus (dalam kampus baru)
    -kuo baru
    -khar baru
    -kahs
    -kz 
    -kab

2. Unit kediaman luar kampus (UKLK) (berdekatan kampus lama)
    -taman bahtera 
    - khar lama
    -rumah sewa sendiri contohnya arked, rumah terrace, impiana, proton city, taman nusa..
    -maaf ye min tak arif sngt bab uklk huhuu.. 

Bagi students baru. Depa akan ditempatkan di unit kediaman dalam kampus. Ha ini terletak di proton city. Oh ye lupa nak bagitahu, UPSI ni ada dua kampus;

1.kampus sultan abdul jalil shah (ksajs)
 Terletak di pekan tanjung malim. Dikenali sebagai kampus lama. 

2.kampus sultan azlan shah (ksas)
 Terletak di proton city. Lebih kurang 7/8 km dari kampus lama. Dikenali as kampus baru.

Ha okay sambung. Sem 1 korang akan dapat kolej. Sem 2 korang akan dipilih sama ada masih layak tinggal kolej atau tak. Camne nak buatkan korang layak tinggal hostel untuk final sem? Hm sebenarnya ini ikut rezeki pun ye. Tapi ada kata, korang kena banyak kumpul Mycat. (Update** memang betul pun ikut mycat. Maka aktiflah anda jika anda ingin menikmati menudahan kolej dengan bilik yang luas tu hahahaja) 

Aduh mycat tu apa pulak? 
Mycat tu macam markah koko lah.. korang kena aktif. Rajin wakil UPSI atau rajin sertai aktiviti. Macam min, :') demi mycat sanggup korbankan cuti sem. Huhuu. Tapi takpe. Dapat pengalaman sertai aktiviti. Pulak tu aktiviti upsi ni best2 tau!

Kalau kata korang dah kena kick out, jangan risau, akan ada minggu permohonan. Kalau try mohon kali kedua pun tak dapat. Ha maka tibalah masanya cari rumah UKLK. 
Maka pergilah kalian ke taman bahtera, request rumah sewa. Jangan risauu rumah still ada je. Tak pernah tak cukup. Cuma uklk ni jauh sikit laa. Bab pengangkutan dan kenderaan nnti min update. 
(Update** selain kenderaan sendiri, di upsi ni ada perkhidmatan shuttle bus percuma yang mudahkan kalian untuk akses hampir semua kawasan ksas dan ksajs juga taman bahtera. Makanya jangan risau..)

Tapi ada je yg pilih nak tinggal rumah sewa sendiri. Lagi selesa katanya. Hm entahlah, depends on diri masing2. Takde kurangnya pun. 

Okay min nak citer rupa hostel yang bakal korang stay for new students. Sini  min citer pasal kuo and khar je tau (untuk kahs, design sama sama je macam kuo & khar ni). Kz , kab min tak arif sangat.


Okay. KUO ngan khar ni boleh tahan selesa tau. Lengkap dewan and cafe, terletak betul2 sebelah masjid al-mursyidin. Masjid kebanggaan kami.  
Hostel kuo ngan khar ni guna konsep macam rumah sewa. Setiap satu rumah ada tiga bilik. And setiap satu bilik ada dua katil. So total 6 orang satu rumah. 
Lengkap dengan singki dan ruang penyidai baju, rumah ni ada satu bilik air. Dalam bilik air ada dua unit kabikel tandas and dua singki. So memang selesa gila! 

Jujur eh min cakap, dapam banyak2 hostel, kuo and khar upsi ni yg paling selesa. Ruang bilik pun luas weh nak dibandingkan dengan U lain. Pulak tu nak pergi kelas pun senang sebb dekat dalam kampus. Okay sini min sertakan contoh gmbar kuo and khar. 





Tengoklah pemandangan di UPSI. Jujur, inilah pandangan indah yang hari2 korang akan feeling. Memang macam kat cameron.
Sebab UPSI ni bersebelahan dengan banjaran titiwangsa tau! 

 Air mandi dia pulak, ni jujur eh, hatta kat luar panas ceng2, air dia remain sejuk. Best! Cuma tuhlah kadang2 kuat, kadang2 tekanannya slow. Nevermind, itu pun dah cukup. 

Di bawah adalah contoh gambar bilik min, luas kannnnn. Selesa weh. Cuma yang penat bila tiap2 sem kena kemas semua and angkut ke bilik baru. Ah nevermind again, mana U IPTA lain nak dapat bilik luas, satu bilik 2 orang ceni en..




Okay untuk Kab, Kz pula, konsepnya sama, satu rumah 6 orang. Tapi yg berbeza adalah;

1. Saiz ruang tamu lebih luas
2. Bilik air dengan 3 kubikel (lebih luas)
3. Ruangan dapur spesifik (asing dari ruang tamu, so tak sepah ruang tamu)
4. Yang kurangnya adalah...  Biliknya agak kecil.. so memang agak sempit berbeza dengan di atas tadi..

Biasalah.. semua benda ada pro n cons en.. tiada apa di dunia ini yang semua sempurna cehhhh hahahaha. Eh tapi betul apa πŸ˜‚





Min sempat merasa stay kz ni dalam 2 minggu je.. sebab masa tu min terpilih jadi Rakan Suai Kenal (RSK -alaa abang2 n akak2 yg korang duk kecam duk puji masa orientasi tuπŸ˜‚) 

Jadi masa tu min baru habis sem, pelajar lain akan daftar keluar kolej and balik ke kampung. Min pula kena stay 2 minggu kat UPSI ni huhu.. maka menumpanglah min di KZ.. takpelah demi korang adik2 dan demi UPSI terchinta chiaha hahaha..

**Dah la masa tu tu bulan puasa tau.. senduu je rasa.. :')


Temuduga Latihan Separa Perubatan & Temuduga Jawatan SPA ( part 1)

Hai! Jadinya posting kalini kakmur tulis sebab kakmur rasa pentingnya sebagai rujukan mereka yang kali pertama akan di temuduga. Sebab dalam...