Rabu, 18 Oktober 2017

UPC UPC!! UPSI UPSI !! 😊😁 orientasi UPSI ??

Okay, ni perkara wajib yg dilakukan oleh semua freshie tak kira lah dimana2. UPSI pun tak terkecuali. Orientasi UPSI memang akan terus start sejurus kalian dapat kunci rumah. Hahaha lejen tak? 😎

Bagi dip dan degree, selalunya orientasi gabungan berlangsung selama seminggu. Orientasi kolej sehari, orientasi fakulti sehari. Dan kadang2 setiap program pun buat orientasi masing2. So boleh kata dalam sebulan pertama tu asyik busy dengan orinetasi and suai kenal jee tapi bagi degree laa. Dip kurang sikit. Bukan kata diploma taknak buat tapi depa selalu tunggu intake degree baru buat besar besaran. Lagi meriah! πŸ’₯πŸ’₯

Masa minggu suai kenal lah paling best. Sebab apa? Sebab makan minum freeeee πŸ˜‚
Dapat saving! Suka untuk min katakan kita perlulah pandai saving kerana nnti akhir2 sem kering kontang pulak.

Update*** korang akan dapati, makanan orientasi upsi ni boleh tahan mewah.. tapi janganlah expect dapat chicken chop hahaha taklah tpi nanti korsng akan dapati, korang memang akan kenyang! 

Macam biasa, rakan suai kenal kat sini memang peramah dan berkaliber. Mereka ni dipilih khas dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi yg berpotensi bagi guide korang sepanjang minggu suai kenal. Segala permasalahan korang pun depa yg incharge. So jangan risau ye. Tak perlulah komplain kat mak ayah jauh2 tu. Rakan suai kenal ada boleh tolong settle. Biasalah semua tempat ada pro and cons. Lagipun complaint kat parents jauh2 tu bukan diorang boleh tolong apa. Tolong dengar jelah. So pentingnya komunikasi korang di sini.

Apa yang unik. Setiap freshie akan dapat trademark masing2. Macam min dulu dapat trademark #freshieramadhan. Sebab time daftar tu, ramadhan baru je bermula. So belum pape dah merasa beramadhan dan bersyawal di UPSI. Ada yg dapat #freshiepatriot dan banyak lagi. Boleh checkout kat ig dan fb ye!

Time orientasi ni korang akan diberi pencerahan tentang carta organisasi UPSI, fasiliti yg ada, jati diri UPSI dan yg paling penting istiadat anak kandung suluh budiman!

ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN

 Apa tu?
Baiklah suka diberitahu bahawa setiap ahli keluarga UPSI dianggap sebagai anak kandung suluh budiman. Di mana kita dianggap adik beradik yang susah senang bersama dan dipantau oleh ibu yang satu. Ibu ini adalah keazaman kita. Masa ni semangat cintakan UPSI korang akan mula berputik dan api keazaman korang terasa membara!




Semasa istiadat ni, ada pakaian yang tersendiri. Pelajar diminta untuk membawa siap2 kelengkapan ini dari rumah. Pakaiannya adalah;




PEREMPUAN MUSLIM DAN NON-MUSLIM

-baju kurung putih kosong, berkain hitam. ( ala, macam baju sekolah tu. Ha cuma baju putih. Kain hitam)
-bagi yang bertudung pakai tudung putih. Tak kesah la shawl ke bawal ke sarung ke. Asal putih. 
-kasut sarung kulit hitam 
-tambahan aksesori untuk dipakai** (ini klau pihak upsi ada bagi masa hari pendaftaran)

LELAKI MUSLIM

-baju melayu hitam
-samping berbenang emas (tak kesah la corak apa pun asalkan tenun emas)
-songkok hitam
-kasut kulit hitam
-aksesori tambahan** klau diberi oleh UPSI

LELAKI NON MUSLIM
-baju kemeja putih lengan panjang. (Tapi kalau korang nak pakai baju melayu hitam pun takpe. Digalakkan )
-seluar hitam
-bagi diploma ( tie hitam)
-bagi degree (tie diberi oleh upsi**)
-kasut kulit hitam

Update***** list baju di atas adalah baju batch terdahulu. Dan min adalah batch terakhir yang membawa baju itu dalam istiadat angkat ikrar πŸ˜‚ bangga jap. (Untuk batch terkini, sila rujuk buku panduan kemasukan ya!) 


Korang juga akan diajar lagu anak kandung suluh budiman. Habis je istiadat ikrar ni maka sahlah korang anak kandung!


Ibu Kandung Suluh Budiman
Obor Di malam Gelap
Bina Budi Penyebar Tekad
Pancaran Semangat Waja

Ibu Kandung Suluh Budiman
Ibu Pujaan Kami
Yang Berjasa Pada Masyarakat
Hidup Gagah Berani

Ibu Kandung Suluh Budiman
Dengarlah Sumpah
Sumbangsih Nan Suci
Selagi Hayat Dikandung Badan
Kami Tetap Berbakti



   
    Bukan tu je, korang juga akan diajar lagu " CEMERLANG BERSAMA"  aduhh.. lagu apa lagi ni.. shuup! Korang tekan je link di bawah, hayati dan hafal okay. Ini juga lagu keramat kita sebagai anak kandung suluh budiman era milenia ni tau! Hahahaahaj enjoy guys!


https://youtu.be/m1cGMBQgyWs
  
Rasanya tu je maklumat tentang orientasi. Yang lain tu dah masuk topik lain. Nanti min update kay. 






Update***
Min rasa rasa terpanggil untuk update maklumat demi korang. πŸ˜‚ Nampak tak betapa berwibawanya min ni πŸ˜‚

Baju macam min kata, rujuk buku panduan. Tapi min boleh cerita sikit kat sini..
Semenjak min terpilih menjadi RSK ni, macam2 fesyen baju ikrar yg min dapat saksikan.. hadeh sabarlah nak.. min sarankan carilah style yang formal.. taknak ada labuci n bunga2 sume tu.. bukan nak ke kenduri kak ooii. 

So dibawah adalah list baju yang terkini & beberapa keping gambar kenangan sepanjang min terlibat menjadi Rakan Suai Kenal (RSK) untuk beberapa siri. 



😊Perempuan Muslim :
1. Baju kurung putih
2. Kain hitam
3. Tudung putih 
4. Selendang merah upsi (akan diberi percuma semasa hari orientasi)
5. Kasut bertutup hitam

😊Perempuan non muslim:
(Boleh memilih untuk ikut perempuan muslim, jikalau tidak,)
1. Kemeja lengan panjang putih (tuck in)
2. Skirt panjang hitam
3. Selendang merah upsi ( akan diberi percuma semasa hari orientasi
4. Kasut bertutup hitam

😊 Lelaki muslim and non muslim:
Bagi lelaki, pakaian semua adalah sama iaitu;
1. Kemeja lengan panjang putih (tuck in)
2. Seluar slack panjang hitam
3. Tali leher upsi ( akan diberi percuma semasa hari orientasi)
4. Kasut bertutup hitam








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Temuduga Latihan Separa Perubatan & Temuduga Jawatan SPA ( part 1)

Hai! Jadinya posting kalini kakmur tulis sebab kakmur rasa pentingnya sebagai rujukan mereka yang kali pertama akan di temuduga. Sebab dalam...