Upsi ni unik tau. Sebab apa? Sebab depa ada bnyak unit hostel. Ada merata. Ada yg dalam kampus, ada yg luar kampus. Yang hebatnya, Ada students yang tinggal di hostel yg terletak di selangor walhal UPSI kat perak kan? Ha tak kurang juga yang tinggal di rumah sewa sekitar UPSI.
Okay, bedasarkan selama min ada kat UPSI ni, min belum pernah kena kick out. (Update** alhamdulillah.. kelima-lima sem min lulus permohonan kolej) Alhamdulillah setiap sem masih lagi diberi peluang tinggal dalam kolej. Moga2 sem lepas ni tak kena kick lah.
Apa kena kick ni?
Okay camni. Upsi ni, untuk setiap pelajar baru yg mendaftar, mereka semua akan diberi hostel. Kalau yg diploma, mereka akan tinggal di kolej Awang Had Salleh (KAHS). Kalau yg degree, mereka akan tinggal di samaada di KUO, KHAR, KZ, atau KAB. Ni untuk sem pertama sahaja lah. Untuk sem kedua, semua penuntut kena mohon semula kolej. Dan ketika inilah adegan kick out bermula. Jika permohonan korang lulus, maka korang merasalah duduk hostel lagi. Klau tak lulus, korang kena lah cari rumah lain.
Alamak camne nii nak cari rumah lainn??? 😣
Takpee jangan risau. Min tak abis citer lagi.
UPSI ada banyak unit kediaman. Unit kediaman UPSI terbahagi kepada;
1. Unit kediaman dalam kampus (dalam kampus baru)
-kuo baru
-khar baru
-kahs
-kahs
-kz
-kab
2. Unit kediaman luar kampus (UKLK) (berdekatan kampus lama)
-taman bahtera
- khar lama
-rumah sewa sendiri contohnya arked, rumah terrace, impiana, proton city, taman nusa..
-maaf ye min tak arif sngt bab uklk huhuu..
Bagi students baru. Depa akan ditempatkan di unit kediaman dalam kampus. Ha ini terletak di proton city. Oh ye lupa nak bagitahu, UPSI ni ada dua kampus;
1.kampus sultan abdul jalil shah (ksajs)
Terletak di pekan tanjung malim. Dikenali sebagai kampus lama.
2.kampus sultan azlan shah (ksas)
Terletak di proton city. Lebih kurang 7/8 km dari kampus lama. Dikenali as kampus baru.
Ha okay sambung. Sem 1 korang akan dapat kolej. Sem 2 korang akan dipilih sama ada masih layak tinggal kolej atau tak. Camne nak buatkan korang layak tinggal hostel untuk final sem? Hm sebenarnya ini ikut rezeki pun ye. Tapi ada kata, korang kena banyak kumpul Mycat. (Update** memang betul pun ikut mycat. Maka aktiflah anda jika anda ingin menikmati menudahan kolej dengan bilik yang luas tu hahahaja)
Aduh mycat tu apa pulak?
Mycat tu macam markah koko lah.. korang kena aktif. Rajin wakil UPSI atau rajin sertai aktiviti. Macam min, :') demi mycat sanggup korbankan cuti sem. Huhuu. Tapi takpe. Dapat pengalaman sertai aktiviti. Pulak tu aktiviti upsi ni best2 tau!
Kalau kata korang dah kena kick out, jangan risau, akan ada minggu permohonan. Kalau try mohon kali kedua pun tak dapat. Ha maka tibalah masanya cari rumah UKLK.
Maka pergilah kalian ke taman bahtera, request rumah sewa. Jangan risauu rumah still ada je. Tak pernah tak cukup. Cuma uklk ni jauh sikit laa. Bab pengangkutan dan kenderaan nnti min update.
(Update** selain kenderaan sendiri, di upsi ni ada perkhidmatan shuttle bus percuma yang mudahkan kalian untuk akses hampir semua kawasan ksas dan ksajs juga taman bahtera. Makanya jangan risau..)
(Update** selain kenderaan sendiri, di upsi ni ada perkhidmatan shuttle bus percuma yang mudahkan kalian untuk akses hampir semua kawasan ksas dan ksajs juga taman bahtera. Makanya jangan risau..)
Tapi ada je yg pilih nak tinggal rumah sewa sendiri. Lagi selesa katanya. Hm entahlah, depends on diri masing2. Takde kurangnya pun.
Okay min nak citer rupa hostel yang bakal korang stay for new students. Sini min citer pasal kuo and khar je tau (untuk kahs, design sama sama je macam kuo & khar ni). Kz , kab min tak arif sangat.
Okay. KUO ngan khar ni boleh tahan selesa tau. Lengkap dewan and cafe, terletak betul2 sebelah masjid al-mursyidin. Masjid kebanggaan kami.
Hostel kuo ngan khar ni guna konsep macam rumah sewa. Setiap satu rumah ada tiga bilik. And setiap satu bilik ada dua katil. So total 6 orang satu rumah.
Lengkap dengan singki dan ruang penyidai baju, rumah ni ada satu bilik air. Dalam bilik air ada dua unit kabikel tandas and dua singki. So memang selesa gila!
Jujur eh min cakap, dapam banyak2 hostel, kuo and khar upsi ni yg paling selesa. Ruang bilik pun luas weh nak dibandingkan dengan U lain. Pulak tu nak pergi kelas pun senang sebb dekat dalam kampus. Okay sini min sertakan contoh gmbar kuo and khar.
Tengoklah pemandangan di UPSI. Jujur, inilah pandangan indah yang hari2 korang akan feeling. Memang macam kat cameron.
Sebab UPSI ni bersebelahan dengan banjaran titiwangsa tau!
Air mandi dia pulak, ni jujur eh, hatta kat luar panas ceng2, air dia remain sejuk. Best! Cuma tuhlah kadang2 kuat, kadang2 tekanannya slow. Nevermind, itu pun dah cukup.
Di bawah adalah contoh gambar bilik min, luas kannnnn. Selesa weh. Cuma yang penat bila tiap2 sem kena kemas semua and angkut ke bilik baru. Ah nevermind again, mana U IPTA lain nak dapat bilik luas, satu bilik 2 orang ceni en..
Okay untuk Kab, Kz pula, konsepnya sama, satu rumah 6 orang. Tapi yg berbeza adalah;
1. Saiz ruang tamu lebih luas
2. Bilik air dengan 3 kubikel (lebih luas)
3. Ruangan dapur spesifik (asing dari ruang tamu, so tak sepah ruang tamu)
4. Yang kurangnya adalah... Biliknya agak kecil.. so memang agak sempit berbeza dengan di atas tadi..
Biasalah.. semua benda ada pro n cons en.. tiada apa di dunia ini yang semua sempurna cehhhh hahahaha. Eh tapi betul apa 😂
Min sempat merasa stay kz ni dalam 2 minggu je.. sebab masa tu min terpilih jadi Rakan Suai Kenal (RSK -alaa abang2 n akak2 yg korang duk kecam duk puji masa orientasi tu😂)
Jadi masa tu min baru habis sem, pelajar lain akan daftar keluar kolej and balik ke kampung. Min pula kena stay 2 minggu kat UPSI ni huhu.. maka menumpanglah min di KZ.. takpelah demi korang adik2 dan demi UPSI terchinta chiaha hahaha..
**Dah la masa tu tu bulan puasa tau.. senduu je rasa.. :')
Tiada ulasan:
Catat Ulasan