Khamis, 14 Mac 2019

Temuduga Latihan Separa Perubatan & Temuduga Jawatan SPA ( part 1)

Hai! Jadinya posting kalini kakmur tulis sebab kakmur rasa pentingnya sebagai rujukan mereka yang kali pertama akan di temuduga. Sebab dalam 2019 ni, makin kurang yang update blog. Jadi untuk orang buat rujukan pun agak susah sebab mostly posting blog lain macam dah lama sangat huhu, kakmur nak buat rujukan pun susah, jadi biarlah kakmur share pengalaman kakmur sendiri.. So lets started! 

Kakmur baru ada 2 kali pengalaman interview spa, satu untuk latihan separa perubatan, dan satu lagi untuk temuduga pegawai khidmat pelanggan.

So posting yang ini kita nak fokus interview untuk latihan separa perubatan sahaja.. 😉

Masa tu kakmur baru umur 19 kalau tak silap. Kakmur dapat panggilan temuduga LSP ( latihan separa perubatan ) untuk 5 latihan iaitu;

1. Juruteknologi Makmal Perubatan
2. Jururawat
3. Juru x-ray
4. Pembantu kesihatan
5. Pegawai kesihatan persekitaran.

Masa tu kakmur sedang dalam diploma teknologi makmal di UPSI, baru semester 3/4 kakmur pun dah lupa 😅

Lepas dapat panggilan tu, punyalah excited, first time punya pasal. Kakmur ni anak dan cucu first, jadi dalam keluarga semua takde pengalaman pasal spa ni. Kakmur pun gigihkanlah diri buat semua sendiri.

Kakmur sediakan semua dokumen seperti yang dia list dalam surat panggilan temuduga tu. Salinan tu jangan lupa sahkan tau! Kakmur bagi kat pejabat sekolah kakmur je untuk disahkan.

Pakaian pula, kakmur pakai baju kurung cream, tudung coklat. Takyah ikat bersimpul2. Pin je cam biasa . Style bodoh2 centu tapi make sure kemas lah! Kasut wajiblah bertutup tak kira perempuan atau lelaki. Ada nametag itu satu modal lebih hehee.. lelaki pakailah tali leher ada pin. Kemas gitu. Wangi2 sikit tau. 😎

Masa hari temuduga, kakmur punya sesi pukul 10.00 pagi. Tempat di Kuala Lumpur. So kakmur sampai sana dalam pukul 9.00 pagi centu. pergh ramainya orang! Parking tu tak payah ceritalah, full semua. So ayah kakmur drop kakmur depan bangunan tu, and dia tunggu je dalam kereta. Bangunan tu rupanya macam bangunan sekolah pun ada. 3/4  tingkat tak silap kakmur.

Mula2 kita akan lalu pondok pengawal. Kat situ dia dah tampal siap2 list nama kita mengikut bilik temuduga kita. Kakmur ni dah la comel2 pendek, terjengket2 cari nama. Then kakmur jumpa bilik kakmur. Kakmur hafal lah bilik tu. (Dia kelaskan A, B, C, D and so on....)

Kakmur pun ikut arah papan tanda ke tingkat 2 tak silap kakmur. Kemudian ada ruangan semak dokumen. Di ruangan tu dia suruh kita letakkan surat panggilan kita dalam satu kotak, then dia bagi satu borang, nanti dia akan ajar part mana yang dia nak suruh kita isi. Then kita pun duduklah di kerusi menunggu ramai2.

Masa hari temuduga, bukan jawatan kita je yang ada. Ada temuduga untuk jawatan lain juga. Masa hari kakmur tu, ramai calon lelaki.. rupanya masa tu ada iv untuk jawatan pemandu kenderaan juga rupanya..

Tak sampai 10 minit menunggu macam tu, nama kita pun dipanggil oleh urus setia di kaunter tu. Dia akan minta kita keluarkan salinan dokumen2 yang dah disahkan, kemudian mereka pun periksa dan susunkan satu2. Dah selesai, mereka akan bagi kita nombor giliran, kemudian kita masuklah ke ruangan bilik temuduga. 
  


Ruangan tu disebelah bilik serah dokumen yang mula2 tadi. Panjang lah juga..  kita tunggu je kat kerusi tu until nombor kita tertera di skrin (macam kat klinik tu) untuk masuk ke bilik temuduga. Memang  rasa nerves tu akan ada. Normal lah tu 😅 berbuallah dengan orang terdekat, takpun main fon, kurangkan gementar tu..

Lama juga kakmur tunggu turn kakmur. Hampir 2 jam! 😅 Sebab calon lain ramai dan penemuduga juga perlukan rehat sebentar selepas letih menemu duga. Bawalah coklat atau gula2. Klau tak mereput lah. Jngan makan masa sedang iv pulak! 

Masa tiba turn kakmur, kakmur ketuk pintu, bagi salam. Bila dia suruh masuk, maka masuklah kita. Serahkan fail pada dia. Ada dua pegawai dalam biik tu. Seorang wakil spa, seorang dari jabatan yang berkenaan tu. Kemudian duduk dengan tertib. Kakmur time tu gementar ya tuhann nak tercabut jantung. And habit kakmur ni klau nerves mula la tersengih2 cam kerang busuk 😂

Tips* beg takpayah bawak masuk pun takpe.. tinggalkan luar suruh calon lain jaga (asalkan x tinggal yang berharga lah.. and kenalah yakin kat dia) bawak file dan bawak diri je masuk bilik.

First, dia suruh kenlkan diri, kalian cerita lah nama, asal, sekarang buat apa, pengalaman apa, kenapa datang situ haritu.. 
Then antara soalan yang dia tanya kakmur,

"Kenapa mohon latihan separa ni"
"Apa yang unik tentang diri anda"
"Awak sekarang tengah ambil diploma kan, tak sayang ke nak tinggalkan untuk masuk latihan"
"Apa yang awak buat dalam laboratory technology" (sebb kakmur curently dalam diploma teknologi makmal masa tu)
"Dalam 5 jenis latihan ni yang mana paling awak berminat dan sebabnya"
"Apa contoh bahan kimia yang awak kenal"
"Apa langkah keselamatan makmal yg awak tahu"
"Senaraikan asid lemah"
"Asid kuat pula apa?"
"Apa contoh base lemah dan base kuat"
"Titration tu apa apa maksudnya"


Fuhh, pegawai yang seorang ni banyak tanya tentang kos kita kita kat universitii jeeeee. Seramm 😅

Then, giliran pegawai kedua pula.. ni lebih santai .. lega kakmur ..

"Asal mana?"
"Datang dengan siapa?"
"Lama dah masuk belajar?"
"Apakah itu dasar pelancongan kesihatan?"

Ha soalan last tu kakmur taram je dengan sepenuh yakin 😅 asal konfiden. 
Dengarkan jawapan kakmur, pegawai tu ketawa sikit. Rupanya jawapan kakmur tu salah. Dia pun betulkan jawapan kakmur dan terangkan jawapan sebenar. Baik juga pegawai2 ni.. beliau jugak ada berpesan before akhiri iv kakmur tu,

"Awak ni bagus, konfiden, saya suka. Saya tak janji awak dapat tawaran ni, tapi kalau dapat, alhamdulillah..." Kakmur tak lupa lagi kata2 dia ni..

Tamat temuduga, kakmur pergi ke meja, ambil semula fail kakmur, keluar dengan cara yang tertib. . Jangan lupa ucapkan terima kasih! Senyum penting! Tunjuk muka ceria.. hehehe.. 

Total2, dalam 20 minit je sesi iv kakmur.. hmm tu pun rasa kejap je..

Result dia? Jengjengjengg korang rasa apa?

Result dia kakmur tak berjaya temuduga tu.. agak down juga. Masa tu kakmur ada event kat universiti, nasib baik ada ada sorang member ni datang pujuk siap bagi tisu lagi. Broken teruk kot time tu 😂 hahahaha  tak lupa saat tu..



Beberapa pengajaran yang kakmur dapat adalah;

1. Datang awal! Tak kira lah surat tulis pukul berapa sekalipun, sebab first come first serve, kalau tak sakit wei nak menunggu tu...

2. Sediakan file cun melecun n lengkap! Masa iv separa ni file kakmur terlalu basic and tiada nilai tambah. So nnti post seterusnya kakmur akan ajar cara cara susun file mantop!

3. Usaha, redha, tawakal.. jangan terlalu berharap. Nanti broken teruk cam kakmur 😂
Tapi sokay. Betullah bahawa Allah punya perancangan yang lebih baik. Kakmur sekarang berjaya habiskan diploma kakmur dan ternyata, UPSI dan campus life ni best giler!
Latihan tu perlukan orang yamg mentalnya kuat hadap cabaran kehidupan yg rigid kat sana.. kakmur bukanlah orang yg sesuai untuk tu.. huhuuu alhamdulillah..

4. Semoga berjaya semuaaaaa! Selagi ada peluang kita grab okay! 

Tu diri kakmur masa iv dulu tu.. memang hitam putih je yang ada huhu. Bolehlah buat kenangan..



Temuduga Latihan Separa Perubatan & Temuduga Jawatan SPA ( part 1)

Hai! Jadinya posting kalini kakmur tulis sebab kakmur rasa pentingnya sebagai rujukan mereka yang kali pertama akan di temuduga. Sebab dalam...